Monday, January 24, 2011

why why why????

ermmmm,pe perasaan krg ble tbe2 de org len m'pertikai kebolehan krg....walaupon kte taw yg kte x de pe2 pengetahuan pon psl sesuatu perkara tue tp selagi kita de usaha nk blaja sume nye pasti boleh kn....then,ckap lak kt dpan org rmai msti krg rse malu, rendah dri n mcm2 lg la kn....
sbnr nye pe yg cik wawa cite nie de kaitan nye ngan cik wawa...x taw la pe slh n slap ak smpai cm2 skali org wat kt ak....selama nie alhamdulillah pe2 kje yg org bg ak cbe wat yg t'baek wlaupon kdg2 ak x de pe2 pengetahuan sgt pon psl kje tue....ak b'usaha sedaya upaya ak tok wat yg t'baek n beri komitmen sepenuhnya....bkan ak nk tnjok pndai or bgos tp sebagai manusia kte perlu sentiasa de keinginan tok belajar sesuatu yg bkan bidang kte....pe ley wat org x percaya kn kite so nye yg mampu dilakukan skang ak perlu b'usaha tok wat yg t'baek & bukti kn yg ak mampu tok lakukan nya...think positive & prove it that u can do it well......
mse mle2 ak mmg rse sgt2 cdey,malu,rendah diri,tension n mcm2 la smpaikn mood ak tros hilang camtu jea....sian kt ank2 ak x psl2 kne marah ngan ak,da la ngan x shat pas2 kne lak cmni ditambh ngan karenah ank2 yg sje wat ak geram ,,g x psl2 la drg kne...mnx maaf yea ank2,ustzh x sengaja nk marah krg sume...ustzh syggg krg sume,ustzh nk krg tumpukn perhatian n dpat pe yg ustzah ajr......
pd ak la,sbg pemimpin kte sepatut nya beri galakan dan kepercayaan pd org2 yg dibawah pimpinan kte supaya mereka de semangat tok lakukan yg t'baek...baru la drg rse dihargai dan diperlukan....semoga pe yg berlaku jd ingatan tok dri ak sndri & jga semua....b'sabarlah,sesungguhnya ak x mampu utk beri kepuasan pd sume org...setiap yg b'laku tue de hikmahnya....remember cik wawa think positive,do the best n smile always wlau pe pon yg b'laku wlaupon hakikatnye sebalik nye...hanya ALLAh yg lebih mengetahui segala2nya......

Sunday, January 23, 2011

ken@p@ @ku m@s!h solo????

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Wednesday, January 19, 2011

Wednesday, January 5, 2011

welcome & ahlan wa sahlan 2011...

ermmm,pejam celik pejam celik da b'akhir 2010 dan msok la lak ke taon bru 2011...byk suka duka pahit manis yg ak lalui dlam hidup nie sepanjang 2010 yg lalu..semoga segala yg b'laku semakin mematangkan ak...kini 2011 pula muncul dan b'mula kisah yg baru dlam hidup...semoga lembaran yg bkal dicoretkn n ditentukan dalam perjalanan hidup ku ini lebih baik dr yg sblom nya...kita hanya mampu merancang segalanya tp DIA lah perancang yg t'baik skali....
ak jua b'harap agar perjalanan ku sepanjang 2011 ini penuh dgn kegembiraan, keceriaan, kebahagiaan, kemeriahan, keseronokan, dan yg paling penting sekali penuh dgn 'KEBERKATAN'.... "Ya Allah,kau limpahknlah kebahagiaan dlam hidupku ini, KAU berikanlah jua ketenangan dan hidayah Mu kepada ku Ya Allah. KAU lindungilah ak dan keluargaku dr segala macam kejahatan manusia didunia ini...Ya Allah, aku jua b'mohon kepadaMu agar KAU temukanlah ak dgn seorang yg dapat membimbing ku ke jalan Mu yakni ke jlan yang Engkau redhai ya Allah..Kau tetapkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku dan tabahkanlah hatiku dlam menempuh segala dugaan dan cabaran yg Engkau berikan...Ya Allah,sesungguhnya hanya padaMu tpt ak memohon pertolongan tiada yg lain selain dariMu ya Allah..kau kabulkanlah permintaan hambamu ini ya Allah...aminnnn
pe2 pon selamat tahun baru 1432H dan 2011M kepada sume..semoga kita sume sentiasa berada dlam lindunganNya...ak jua b'harap agar tahun baru ini lebih baik dr thn lepas...ingat cik wawa kne lebih kuat semangat..chaiyok chaiyok!!!!