Sunday, June 7, 2009

sebuah puisi pengubat luka...

puisi nie aku petik dari nukilan seorang makcik khas buat semua wanita yang terluka...jadi buat semua wanita yang pernah terluka renung2kn la maksud puisi nie....

MENCARI CINTA YANG HILANG
kekasih
kurakamkan bahasa kalam ini
sebagai tinta nuraniku yang tumpah
kerana mata penanya yang telah retak dan patah
lalu telah tenggelam ke dalam laut rasa yang amat dalam
ingi kukutip dan kuperlihatkan
bunga rampai keresahanku...
sekian lama ini betapa seringnya aku sibuk mengukur berapa
kepaduan kasihmu
betapa seringnya aku menebar jaring cemburu tak bertepi
dan seringnya aku hamparkan pertanyaan...
lihatlah
lihatlah ke dasar hatiku, lihatlah... lihatlah... dan lihatlah...
seringnya aku mengungkit cintamu,ketulusanmu
bolehkah ianya hanya untukku,hanya milikku
seringnya rajukku,tangisku dan tingkahku 'mencabar kelakianmu
pun kau masih di situ
masih tidak membiarkan aku atau melepaskan aku
persis merpati putih yang kehilangan arah
shingga aku alpa
kenapa aku terlalu sibuk melayani nurani yang telah dibisikkan syaitan ini
sepanjang lorong perkahwinan ini tidak kudengar keluhanmu
termainkah masakanku,termaniskah teh yang kuhidangkan
maafkan aku kekasih,
biarlah ku cium tanganmu dan berilah kemaafan
halalkanlah cintamu selama ini sebelum dalam waktu
yang tinggal sedikit ini...
entah sebentar lagi Izrail datang membawa salam
dan aku terlupa yang aku tiada apa-apa
bahkan sebutir cintamu itu pun tidak dapat kubawa bersama ke alam abadi itu...
bahawa titian sehalus rambutku dibelah tujuh
luasnya bumi mahsyar...dengan matahari sejengkal
mampukah aku berjual beli dengan amalan sebesar debu

duhai wanita yang hatinya terluka
usahlah membuang waktu yang singkat ini
menangisi cinta sementara sekadar pinjaman Allah
bangkitlah,pandanglah cinta abadi Rabiatul Adawiyah
sepertimana datangnya Kaabah mencari Rabi'ah
bagaimana kecewanya Ibrahim Idham kehilangan Kaabah
namun Rabi'ah berkata: Aku tidak mahu hanya melihat Kaabah aku mahu Allah!

duhai wanita yang terluka hatinya
semakin dikejar kekasih, semakin ia lari menjauh dan menjauh
lalu ianya menjadi sia-sia
carilah cinta seindah cinta Rabiatul Adawiyah
demikianlah...
carilah Iman
carilah cinta Allah untuk membalut luka-luka di hatimu
wahai isteri yang kehilangan cintanya...

p/s:apa yang aku dapat dari puisi nie setiap perkara yang ada di dunia ini even cinta sekalipun x kekal lama,melainkan cinta kita kepda Allah SWT..oleh itu, pertingkatkanlah lagi amal ibadat kita supaya kita sentiasa berada dekat dengan Allah SWT...Renung2kan dan selamat beramal....(pinjam trademark Prof Izi)

No comments:

Post a Comment